Sunday, June 05, 2011

Salahuddin 2 Tahun 2 Bulan





Sesuatu anugerah yang tidak dapat dibeli dengan wang ringgit ialah lahirnya seorang Anak. Tambahan pula anak yang dilahirkan itu sempurna sifatnya, bertambahlah sayang sang ibu dan bapa kepada anak itu. Dapat melihat anak membesar didepan mata adalah satu lagi anugerah yang tidak terhitung. Jadinya, saksikanlah Salahuddin Rafiqin yang berumur 2 tahun dan 2 bulan ini.

No Title






Alhamdulillah,

Aku selamat sampai di Lumut pada pukul 8.08 malam. Aku bertolak dari Shah Alam, ikut Guthry highway, terus menuju jalan sungai buloh dan keluar di Ijok dan Asam Jawa sebelum meneruskan perjalanan merentasi Kuala Selangor, Tanjung Karang, Sekinchan, Sungai Besar, Bagan Datoh dan terus ke Lumut.

Minggu ni, adalah minggu ke 3 aku disini dengan dua 'Project Assignment'. KL 101 Pipelay Barge & Hook Up Commissioning East Piatu Platform. Travel yang meletihkan dan aku berasa bersyukur sebab mempunyai Isteri yang mengerti tentang tugas ku.

Kali ini, aku bawa sekali buku 'A Doctor In The House' karya Dr.M. Buku ini memang menarik dari seorang negarawan yang banyak berjasa. Aku harap dapat menghabiskan nya dalam masa aku disini.

Berbagai peristiwa suka duka yang aku alami sepanjang 'absent' menulis blog ni. Dari urusan rumah baru isteriku di Nusarhu yang pelbagai benda harus disettlekan, membeli telephone Blackberry baru untuk membuka email dan yang paling terbaru membeli Nikon DSLR D7000.

Walapun semua ini nampak biasa saja, dan sememangnya biasa, tapi sesuatu yang berlaku sekarang ini nampak biasa tapi bila masa belalu, zaman berubah, semua kenangan ini akan menjadi satu memori yang indah untuk dikenangi.

Hari ini, semasa aku ingin meninggalkan rumah untuk bertolak ke Lumut, aku tetiba sebak sebab melihat isteriku yang dikasihi menangis. Mungkin dia juga sedih sebab selalu ditinggalkan suami. Tinggallah dia besama anak kami yang berumur 2 tahun 2 bulan itu. Aku pun harap dia mengerti. Sejak dari kami bercinta lagi, dia sering ditinggalkan. Kerjaya aku memerlukan aku travel keserata tempat dimana aku ditempatkan. Dari Sudan, Vietnam, Miri, Bintulu, Shend Zhen and Podong China dan sekarang ini Lumut Perak. Dia mungkin sudah lali dengan aku dan kerjaya ku ini, tapi mungkin jauh disudut hatinya, dia juga ingin menjadi seperti isteri-isteri orang lain. Sentiasa ditemani suami saban hari. Menyedari hakikat itu, itulah sebabnya, ketika aku berada dirumah, aku akan menggunakan masa - masa berharga ku untuk bersama dengannya dan anak ku. Kami akan melakukan pelbagai aktivity bersama sama supaya aku dapat menebus kembali masa - masa yang aku tidak dapat bersamanya.

Aku ingin isteriku mengerti, bahawa kehidupan ini tidak semuanya seperti tertulis dalam buku text atau manual mana mana buku. Ia memerlukan pengorbanan kedua dua pihak, pengertian yang amat tinggi dan sifat toleransi. Aku tahu dia memang memahami ini semua, cumanya, sebagai manusia biasa, tentunya kekadang ada sifat sedih. Aku faham.

Aku harap aku dapat menyelesaikan semua tugasan aku disini dengan seberapa segera yang boleh sebab nya aku ingin kembali kesisi keluarga.

Monday, January 17, 2011

34 years yesterday


Semalam birthday aku yg ker 34..rasanya dah tua juga usia aku skrg ni...pejam celik pejam celik dah nak hampir 40...aku tak sempat buat apa apa pun, cuma wife celebrate makan kat kedai arab zam zam oasis section 9. sedap gak makanan dia tu..
wife kasi hadiah couch business card holder. cantik...

Semalam aku sampai awal, kul 6.30 ptg dah sampai umah. saja blk awal sebab nak tlg wife kat umah..kesian aku tgk dia, dahla kerja teruk kat klinik kesihatan, blk letih, kena masak plak tu...aku pun kena faham faham la...

lepas main main dgn cauddin, aku pun duduk2 tgk TV. Lepas tu wife pun dtg joint sekali. dia cakap masa dia ambik cauddin tadi, anak akak tu yg prem dia seret sampai pintu lepas tu letak kaki kat kepala, aku dgr pun berubah muka aku. dia cakap nasib baik akak tu dah rotan anak dia. aku senyap je... kalau dah teruk sgt perangai budak tu, aku ingat nak tukar rumah org lain jaga je....dulu sekali masa aku ambik cauddin. ada ke dia pukul kepala anak aku. kalau ikutkan hati, nak aje aku bagi pelempang...sabar sabar...

aku cuba berfikiran rasional, tgk macam mana, sebab semua nya adalah tanda-tanda yg tak berapa baik..aku akan cari jln penyelesaiannya secepat mungkin..

Monday, January 10, 2011

Professional Engineer - 14715

Alhamdulillah, at last i manage managed myself with PE certification awarded by
Board Engineer of Malaysia. Aku berasa sangat bersyukur dgn pencapaian aku setakat ini.
Setelah hampir setahun berjuang dgn pelbagai halangan dan cabaran, akhirnya aku berjaya. Di kesempatan ini aku ingin mengucapkan berbanyak terima kasih kepada Ir. Haizan Hashim, Ir. Ikhsan Hadis, Ir. V. Jeewa, Pn, Nora (BEM), dan sesiapa saja yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam process aku untuk mendapatkan PE ini. Kepada Isteri tercinta, tidak dilupakan juga kerana memahami cita cita ku selama ini. My next target to get MBA and PHd. Tapi tak tau bila. Insya Allah.