Wednesday, December 13, 2023

Habibie Dan Ainun

📸 Look at this post on Facebook https://www.facebook.com/share/p/w8VD2H32vZw7jNJE/?mibextid=WC7FNe


Banyak Tok Abah terima pm dan rata-ratanya ramai sang isteri mengadu tentang perangai suami dan cinta yang telah pudar.
Kepada suami di luar sana, ketika kita merasa bahawa tiada lagi cinta sejati di atas dunia ini, bacalah kisah Habibie dan Ainun.
Habibie atau B.J Habibie adalah presiden ke-3 Republik Indonesia.
Salah satu perjalanan hidupnya yang menginspirasikan banyak pihak adalah kisah cintanya dengan isteri beliau Hasri Ainun Habibie.
Seperti hubungan dijalin kebanyakkan orang, perjalanan Habibie dan Ainun penuh liku dan pengorbanan yang tidak sedikit pun. Hidup keras di Jerman demi menggapai cita-cita Habibie, Ainun sentiasa dengan setia menemani suami.
Bahkan Ainun yang berpendidikan doktor terpaksa melupakan kerjayanya bagi menemani Habibie di semua aktiviti yang dilakukan.
Ainun begitu setia dan sabar mendampingi Habibie, setiap hari dia selalu menyiapkan ubat untuk Habibie.
Sampai pada akhirnya, Ainun didiagnos menderita kanser ovari. Demi kesetiaannya, Ainun merahsiakan semua itu.
Namun, akhirnya terbongkar juga apabila Ainun sudah tidak berdaya dan mampu dirawat lagi di hospital. Sudah banyak operation dijalankan, berbagai alat canggih di Jerman dikerahkan.
Namun takdir berkata lain. Tuhan menjemputnya pada Tahun 2010. Sebuah pukulan hebat bagi Habibie kerana ditinggalkan oleh isteri tercinta.
Setelah Ainun meninggal, setiap hari Habibie menziarahi ke pusara Ainun di makam pahlawan Kalibata. Cuma pada saat akhir hayat Habibie, beliau ke makam Ainum setiap hari Jumaat, sebelum solat Jumaat.
Habibie akan membuat pusara Ainun penuh bunga segar bahkan menyuruh orang untuk menggantikan bunga tersebut setiap dua hari sekali.
Kata Habibie," Saya dan Ainun adalah dua raga namun dalam satu jiwa."
Dari kisah ini mengajar kita betapa berertinya sebuah hubungan. Biarpun berdepan halangan dan dugaan, mereka saling melengkapi antara satu sama lain.
Bahkan ketika hayat dipisahkan juga, cinta mereka semekar bunga di pusara Ainun.
Cinta sejati Habibie dan Ainun mengajarkan kepada kita bahawa ikatan individu tidak akan dapat hilang biarpun secara fizikal.
Keduanya akan terus terjalin dalam doa dan kehidupan kekal di akhirat kelak In shaa Allah.
Anak cucu Tok Abah,
Di saat kalian melafazkan "aku terima nikahnya", itulah momen cinta sebenar untuk dinikmati, dipertanggungjawabkan dan dipelihara sehingga akhir nafas kalian.
Isteri adalah ladang buat dirimu. Suburkan dan semai dengan baja cinta serta ucaplah terima kasih padanya setiap hari kerana mendukung kalian untuk apa juga hal.
Mereka terlalu mencintai kalian dan look forward pada kalian. Mereka perlukan pemimpin, menuntun mereka untuk kehidupan yang lebih bermakna, bahagia sehingga ke syurga.
Jangan sesekali sakiti hatinya tanpa sebab munasabah. Jagalah dan hormati mereka sepertimana ayahmu dahulu menjaga ibumu sendiri.
Tok Abah doakan agar rumahtangga kalian menjadi lebih harmoni dan kasih sayang berkekalan setiap detik. In shaa Allah.
Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah,
Tok Abah yang suka berpesan.



No comments: