KEDAMAIAN YANG DICARI
Dalam kehidupan yang singkat dan terhad, kebanyakan dari kita lebih cenderung untuk memilih hidup yang tenang-tenang dan mudah. Mengulangi rutin harian yang biasa adalah pilihan yang paling ideal. Dalam bahasa mudahnya, hidup dalam zon yang selesa tanpa hiruk-pikuk yang mampu dielakkan. Dari cabaran kerja yang tidak putus-putus, ketidaktentuan sektor minyak dan gas disebabkan geopolitik dan apa-apa lagi yang diluar kawalan, aku memilih untuk berdamai. Hidup dalam lingkungan yang positive. Aku set garis pemisah ("boundaries") dari "energy-energy" yang memudaratkan dan tidak memberi nilai tambah (value added) dalam kehidupan seharianku.
Dalam umur yang masuk 48 tahun pada 2025 ini. Aku merasakan umurku sudah sampai ke titik hujung yang aku tidak pasti bila? Aku mula memikirkan untuk mem"priority"kan untuk melakukan 5 perkara sebelum datang 5 perkara yang kekadang ter"miss" juga. Untuk dunia perkerjaan, aku merasakan cukuplah setakat ini, aku tidak perlu buktikan apa-apa lagi. Semua testimonial, surat sokongan berkata dengan sendirinya. Tidak perlu penjelasan.
Ada dua peristiwa yang menjadikan "wake-up call" untuk aku melihat dan meng "calibrate" balik apa yang aku dah capai selama ini apa lagi yang aku perlu lakukan untuk saki baki kehidupan yang ada.
Peristiwa kematian mengejut 2 jiranku dalam tempoh 6 bulan sebelum ini amat memberikan kesan kepadaku. Kedua-duanya belum pun mencapai umur 50an. Arwah Zulkhairy dan Kamal Che Pa benar-benar membuatkan aku seperti kelam dan tersentak. Bak kata pepatah "the life is too fragile" memang aku akui itu. Keadaan boleh berubah dalam sekelip mata samada kita bersedia ataupun tidak. Keadaan yang tiba-tiba dan "sudden" memang membuatkan aku dalam keadaan yang tertanya-tanya. Bilakah giliranku? Adakah aku sudah bersedia? Bagaimanakah keadaan isteri dan anak-anak yang bakal aku tinggalkan. Aku tidak ada jawapan untuk soalan itu.
No comments:
Post a Comment