Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah...
Tiada kata yang selayaknya untuk aku ucapkan selain ucapan syukur kehadrat Ilahi sempena selesainya Ibadah UMRAH ini. Aku mmg tidak menyangka bahawa aku diberi kesempatan untuk melakukannya walaupun aku sedar siapa diri ini. Pelbagai cabaran, tribulasi dan kekurangan diri membuatkan aku sedar bahawa aku sememangnya tidaklah layak untuk bergelar tetamu Allah SWT. Tetapi Allah SWT telah membukakan jalan-jalannya untuk aku meneruskan dan melakukannya.
Aku dan rombongan Petra Energy berserta ahli keluarga mereka telah bertolak dari KLIA pada ptg 11th December 2024 dgn menggunakan Saudi Air. Kami akan melakukan UMRAH dulu di Mekah baru Ziarah di Madinah.
Aku amat bersyukur dgn peluang yg aku kecapi ini, dapat juga melakukan 1 UMRAH Wajib, 2 UMRAH Badal utk arwah Ibuku dan Datukku serta 1 UMRAH Tambahan.
Untuk perjalanan kali ini, disebabkan cuti tahunan aku sudah tidak cukup, aku telah mengambil 7 hari cuti tanpa gaji.
Sepanjang aku di Mekah, aku sihat, Alhamdulillah. aku gunakan masa2 yang ada untuk memaksimakan ibadah dgn melakukan Tawaf Sunat, Solat Tahajjud, Taubat dan Hajat. Zikir dan sebagainya. Aku gunakan peluang dan masa2 disana untuk memanfaatkan ganjaran 100 ribu kali ganda amalan. Paling awal, aku telah bangun pukul 230pagi untuk bersiap-siap pergi ke Masjid.
Antara tempat2 yang telah kami lawati sepanjang di Mekah selain Masjidil Haram ialah seperti berikut;
1. Bukit Thur - Gua Hiraq
2. Kawasan Mina dan Muzzalifah
3. Jabal Rahmah
Di Madinah pula, rombongan kami telah dibawa kebeberapa tempat bersejarah seperti:
1. Bukit Uhud
2. Ladang Kurma
3. Kilang Percetakan Al Quran
No comments:
Post a Comment