Sunday, July 26, 2026

ILLUSION OF INVULNERABILITY

 

Illusion of Invulnerability

"Kemalangan Tidak Memilih Mangsa. Ia Memilih Kecuaian."


Illusion of Invulnerability ialah satu bias kognitif (cognitive bias) di mana seseorang mempercayai bahawa dirinya kurang berisiko mengalami kemalangan berbanding orang lain.


Perasaan ini biasanya timbul selepas bertahun-tahun bekerja tanpa sebarang insiden, sehingga lahir keyakinan bahawa:


"Saya dah biasa buat kerja ini."

"Tak pernah berlaku apa-apa pun."

"Saya tahu apa yang saya buat."

"Sekejap saja, tak perlu ikut semua prosedur."


Hakikatnya, pengalaman tidak menjadikan seseorang kebal terhadap risiko. Malah, pengalaman yang tidak disertai disiplin boleh mewujudkan rasa terlalu yakin (overconfidence) sehingga SOP dipandang remeh dan tanda-tanda bahaya tidak lagi diberi perhatian.


Hampir setiap kemalangan serius didahului oleh keputusan kecil yang dianggap "tidak mengapa" pada ketika itu.


Keselamatan bukan bergantung kepada pengalaman semata-mata, tetapi kepada disiplin untuk melakukan perkara yang betul setiap kali, walaupun selepas beribu-ribu kali melakukannya.


Safety Message


" Experience reduces uncertainty, but it never eliminates risk."

The day you believe an accident cannot happen to you is the day you become most vulnerable. "

Wednesday, April 29, 2026

Jodoh Lebaran

Tik Tok Video

Dua Tiga Kucing Berlari...

Mana Nak  Sama Dengan Si Kucing Belang

Dua Tiga Baju Raya Dah Dibeli

Jodoh DiHari Raya Dah Dapat Ke Sayang..


Hey, Ucapkan Selamat Hari Raya Dulu

Kemudian Nanti Datanglah Jodohku

Bersalaman Bermaafan Pada Dunia

Ikhlas, Jodoh Lebaran Kan Datang..


Hati Hati Balik Raya

Kumbang Bunga Jaga Jaga

Lebaran Dengan Si Dia

Kalau Jodoh Tak Kemana


Hey, Ucapkan Selamat Hari Raya Dulu

Kemudian Nanti Datanglah Jodohku

Bersalaman Bermaafan Pada Dunia

Ikhlas, Jodoh Lebaran Kan Datang Jua

La...La...La...La...