Illusion of Invulnerability
"Kemalangan Tidak Memilih Mangsa. Ia Memilih Kecuaian."
Illusion of Invulnerability ialah satu bias kognitif (cognitive bias) di mana seseorang mempercayai bahawa dirinya kurang berisiko mengalami kemalangan berbanding orang lain.
Perasaan ini biasanya timbul selepas bertahun-tahun bekerja tanpa sebarang insiden, sehingga lahir keyakinan bahawa:
"Saya dah biasa buat kerja ini."
"Tak pernah berlaku apa-apa pun."
"Saya tahu apa yang saya buat."
"Sekejap saja, tak perlu ikut semua prosedur."
Hakikatnya, pengalaman tidak menjadikan seseorang kebal terhadap risiko. Malah, pengalaman yang tidak disertai disiplin boleh mewujudkan rasa terlalu yakin (overconfidence) sehingga SOP dipandang remeh dan tanda-tanda bahaya tidak lagi diberi perhatian.
Hampir setiap kemalangan serius didahului oleh keputusan kecil yang dianggap "tidak mengapa" pada ketika itu.
Keselamatan bukan bergantung kepada pengalaman semata-mata, tetapi kepada disiplin untuk melakukan perkara yang betul setiap kali, walaupun selepas beribu-ribu kali melakukannya.
Safety Message
" Experience reduces uncertainty, but it never eliminates risk."
The day you believe an accident cannot happen to you is the day you become most vulnerable. "
No comments:
Post a Comment