Sehingga sekarang dari tahun lepas membawa ke tahun 2010 ni je aku rasa byk betul aku berbelanja. Kekadang aku merasa aku sudah tidak seperti aku yang sebenar. Aku tidak begini dulu, aku merasa diri ini kebal dari segala bentuk iklan, promosi dan jualan murah suatu ketika dahulu. Tapi skrg aku telah berubah selari dgn perkembangan semasa. Mari aku huraikan satu-satu kenapa aku berbelanja untuk satu satu benda tu.
i. Peralatan Golf jenama Callaway (2 set model X20, tour and leisure)
Pada mulanya aku mmg tak pernah pun terfikir bahawa satu hari nanti aku akan melibatkan diri dgn sukan ni. Walaupun suatu ketika dulu ianya terlalu exklusive untuk orang macam aku, tetapi keadaan telah merubah semua itu. Dgn jawatan Manager di PBJV, aku terpanggil bermain Golf hanya kerana golf adalah satu satunya sukan yang akan merapatkan aku dgn semua pengurusan PBJV dan Client. Jadinya aku pun mula berjinak jinak dgn golf dan telah melaburkan hampir RM13,000 hanya untuk peralatan golf, latihan dan masa. Aku tidak merasakan ini satu pembaziran kerana aku telah mendapat ilmu baru, rangkaian kawan kawan baru dan seperti semua maklum, semua ini tentu ada harganya dan aku telah pun membayarnya walaupun mahal.
ii. Labtop (Lenovo W500 and MacBook Pro)
Benda kedua yang aku rasa agak mahal aku beli ialah kedua dua Labtop ini. Satu Lenovo W500 yang aku beli dgn harga RM8,000 lebih dan satu lagi MacBook Pro yang berharga dekat RM6,000. Membazirke semua ini? Aku pun rasa susah nak jawab dan dalam keadaan dilema. Lenovo W500 tu aku beli dgn menggunakan facility office. Aku dapat subsidy RM1,000 dari PBJV dan selebihnyya aku bayar installment 10 kali bayar. Kira ok la jugak kan. Tujuan aku beli labtop ini adalah kerana labtop Fujitsu E8010 aku tu dah lama sgt. Dekat 4 tahun dari zaman aku di Sudan dulu, membawa ke Vietnam dan terus bersama aku sehingga aku beli Lenovo ni. Aku rasa aku tak membazir sebab dah sampai masanya aku berLabtop baru macam org lain juga. Pasal MacBook Pro ni aku beli sebab nak puaskan hati dan rewardskan diri sendiri sebab pencapaian aku untuk tahun 2009. Tahun ini agak tough juga untuk aku kerana aku telah dilantik oleh Ikon Subsea untuk menjadi E&I Project Director & Project Manager kat EPCC Bintulu Bunkering Project kat Bintulu Serawak. Tangungjawab ni telah aku laksanakan dgn baik sekali dan seperti biasa la, setiap project mesti ada problem dan berkat kerjasama satu pasukan, kami telah selesaikan semuanya dgn baik sekali. Terima kasih kepada semua project team. MacBook Pro ni mmg menjadi idaman aku sejak lama dulu, tapi seperti biasala, dulu keadaan tidak sperti skrg ni. Jadinya untuk rewardskan diri sendiri untuk satu satu pencapaian tidaklah aku anggap satu pembaziran. Kenapa kita harus terlalu berkira untuk menggembirakan diri sendirikan.
iii. DSLR Canon 550D
Sebenarnya aku pernah beli Digital Kamera Canon model Ixus 4 tahun dulu semasa aku hendak bertolak ke Sudan. Aku rasa Kamera ni penting juga untuk aku mengabdikan kenangan kenangan yang mungkin tidak akan berulang. Tetapi, pada tahun ke 3, kamera yang aku jaga dgn baik ni rosak. Bila aku investigate, mmg model macam ni mmg tahan 3 tahun je. Jadinya aku "piss off" hendak beli kamera lagi, terutamanya dari jenama Canon. Aku rasa tertipu dan tak berbaloi beli sesuatu yang mahal tapi cuma dapat bertahan untuk beberapa waktu sahaja. Aku mogok dan menjauhi Canon seketika. Selang beberapa tahun aku menyepi ni, aku pun berkahwin dan mendapat anak lelaki yang comel. Aku rasa byk moment yang indah tidak dapat aku abdikan untuk kenangan kerana aku tak ada kamera. Fikir punya fikir, aku start buat homework sikit sikit dan terus pergi kedai Selangor Photo kat Pertama Komplexs. Kerana Sales Girl tu berjaya menyakinkan aku dan harga dia pun murah aku terus sambar kamera DSLR Canon 550D ni dgn harga RM2,800. Aku dapat murah dari harga asal dia RM3,113. Membazir ke aku bila dgn kamera ni aku dapat merakamkan dan mengabdikan saat saat yang bermakna dalam hidup? Membazirke aku bila dgn kamera ni aku dapat melihat dan merakamkan pemberasan anak sulung aku yang comel ni. Jawapannya tentulah TIDAK. Mana mungkin aku dapat mengembalikan detik detik bermakna itu jika aku tidak bertindak sekarang. Bukankah duit seperti misai & janggut. Bila dicukur dia akan tumbuh kembali dgn syarat kita harus terus berkerja dan berusaha.
iv. Panasonic Ionizer Air Cond C12KKH 1.5HP
Semalam aku buat satu keputusan yang antara tersukar pernah aku buat sebelum ini. Kalau 3 benda diatas aku boleh decide on the spot, decision nak beli air cond ni aku buat sukar sket. Bukan kerana harga dia RM1,430 dan upah pasang RM220, tapi kerana impact dia untuk jangka panjang. Semua org hampir tahu,aku bukanlah berasal dari keluarga yang kaya, jadinya aku mmg terbiasa dgn cara hidup yg sukar selama ini. Jadinya aku berhasrat ingin tidak ingin terlalu memanjakan keluarga dgn semua keselesaan ini kerana hidup ini bukakah seperti roda, ada kalanya kita akan berada di bawah. Jadi kalau dah terbiasa dgn keselesaan nanti mereka tidak betah bila berada dalam kesusahan. Selepas fikir punya fikir, aku pun decide nak pasang je air cond ni. Sebabnya aku lepas ni akan berada lama di Lumut. Sampai project ni habis. Kesian kat family dgn keadaan yang panas tak menentu skrg ni, aku rasa air cond ni satu keperluan. Selepas malam tadi, aku rasa berbaloi juga aku pasang air cond ni.
Secara kasarnya aku telah berhabis lebih kurang RM31,750 untuk semua peralatan yang major ini. Ini belum lagi dgn benda benda kecik seperti duit makan, bil bil itu dan ini. Kehidupan mmg begini. Kalau kita nak berjimat pun kekadang kita perlu juga berbelanja. Cumanya aku rasa seaakan berbelanja tidak seperti sebelumnya.
Aku rasa selepas ni takde benda major yang aku nak beli dah sehingga kami pindah dirumah baru di Nusarhu yang sudah tentu memerlukan duit yang byk untuk renovation dan perabot baru.
1 comment:
Salam ziarah & kenal tn manager :D
T'gelak sendiri lps bc artikel nih, dh mcm pepatah "telan mati emak, luah mati bapak", beli @ tidak diri jd serba salah plak.
Cuma nak promote skit, ada bajet lebih order sistem penapisan air untuk kegunaan seisi keluarga di rumah.
lapang2 ziarah http://h2o-air.blogspot.com
Post a Comment