Minggu ni mungkin antara minggu minggu yang aku rasa sgt "down" dan sakit hati yang bercampur baur...
Semuanya bermula pada hari rabu minggu lepas, 21 Nov 2012, aku kena saman Speed Trap by AES, RM300. Aku sgt sakit hati...
Hari jumaat minggu yang sama, 23 Nov 2012, aku ambik cuti sebab nak temankan wife yg tgh sarat mengandung utk routine check kat Hospital Ampuan Rahimah Klang. Wife punya Blood Pressure tinggi, 150 : 120. mmg tinggi, aku dah hampir panik sebab takut kena masuk wad. Check air kencing, nasib baik protein normal. Doctor suruh relax and ambik reading blood pressure. Aku rasa ada tiga kali wife ambik and reading continue to normal. Aku tak sempat nak tunggu sebab nak solat jumaat.
Lepas solat, wife sms, dia tak kena tahan wad, tapi every day kena monitor blood pressure either kat Klinik Kesihatan Seksyen 7 or Klinik Desa Kampung Mleayu Subang.
Hari sabtu, 24 Nov 2012, pagi tu hujan turun dgn lebatnya, kerana ada appointment kat Klinik Kesihatan Seksyen 7, aku, wife and cauddin pergi juga. Cauddin kena hujan sket masa nak masuk dlm kereta masa pergi dan balik. Aku ingat takpe, so aku pun terus pergi servis kereta Myvi lepas semua urusan pada hari tersebut selesai. Malam tu, lebih kurang pukul 3 pagi, Cauddin menangis, aku rasa badan dia ada panas sikit, tapi aku buat tak tahu, mungkin biasa je, lebih kurang pukul 5 pagi, dia menangis sekali lagi, wife sedar badan dia panas semacam, aku pun lantas ambik tuala lebab and sapukan kat badan cauddin. Dia demam. Wife cepat bertindak, ambik ubat demam kat bawah and kasi
2 dos ubat masuk bontot. Suhu badan dah kurang sedikit.
25 Nov 2012, hari ahad, lepas pergi Tesco beli barang barang dapur, kita terus pergi KPJ Shah Alam, Cauddin check, demam dah takde, tapi ambik ubat for precaution, takut 'asma' dia dtg balik. Kalau dia masuk wad kali ni, aku memang pening, sebab wife pun at any time je akan masuk wad, Cauddin lagi..aku pun takut nak fikir lebih lebih, just 'doa' je ke hadrat Ilahi, harap semuanya ok dan aku mampu bertahan.
26 Nov 2012. Aku masuk office macam biasa, wife dapat cuti 1 week till this friday, dia boleh 'rest' sambil jaga Cauddin. Hari hari kena monitor Blood Pressure. Makan kena 'zero' garam. Semua yg dia masak for himself, tawar semacam. Nak buat macam mana, kalau masuk wad lagi susah. Dulu takpe, sebab Cauddin takde lagi, skrg ni kalau wife masuk wad, Cauddin akan terbiar. Kesian kat dia. Hari ni jugak Lynn BBM, dia cakap aku kena saman masa pergi meeting kat Lumut hari tu..Aku jadi 'stress' sebab aku still ada outstanding Saman, kalau total out, semua ada RM450. Byk tu.....bagi kat kerajaan BN saja je.....
27 Nov 2012. Wife Blood Pressure maintain at Border Line, 120:79. Aku harap hari jumaat bila pergi medicak check out, semua akan normal. Itu saja harapan aku. Tapi sakit hati sebab kena Saman masih berkesan kat hati, lepas ni aku berazam nak ikut semua peraturan had laju..
No comments:
Post a Comment