Monday, October 29, 2012

Anger Management





Assalammualaikum semua..Azam aku minggu ni supaya dapat mengawal perasaan amarah terutamanya terhadap Salahuddin. Kekadang bila terfikirkan balik, rasa bersalah pun ada sebab dia selalu jadi mangsa nafsu amarah ku ini walaupun tidaklah sampai "naik tangan". Since semalam, aku cuba control tahap amarah ini dengan seberapa yang boleh dengan mengingatkan diri sendiri supaya menerima seadanya. Aku kena yakinkan diri sendiri bahawa kekadang anak anak kecik memang selalu buat kita marah. Dengan cara itu mungkin dia ingin memberitahu secara "indirect" bahawa mereka perlukan perhatian, kasih sayang, belaian mesra dan puji pujian. Aku harap ini satu permulaan yang baik kearah perubahan dalam hidup. InsyaAllah.


No comments: