Sunday, October 28, 2012

Salahuddin Asma, Demam Denggi, KL101 Berthing at Port Klang

Mei 26, 2012 Malam tadi, lebih kurang pukul 11 malam Mei 25, 2012, aku dan isteri telah membawa Salahuddin ke Klinik An Nisa Alam Budiman. Kami menyedari nafasnya kencang dan berbunyi, mungkin ini tanda tanda Asma.Lepas doctor Locom kasi Oxygent, nampaknya ada perubahan sedikit. Kami pun balik dengan harapan semuanya akan kembali pulih seperti biasa. Lebih kurang pukul 4 pagi keseokan hari nya, aku menyedari sesuatu yang kuat berbunyi bila salahuddin bernafas.Terus aku mengejutkan isteri, dia lantas memeriksa paru paru anak kami, kelihatan sesuatu yang tidak baik. Wife ngesorkan agar terus dibawa Salahuddin ke Hospital Pakar. Tanpa belengah lagi, aku bersiap mana yang patut, ambik barang barang keperluan Salahuddin, dengan melihat Polisi Insurannya, kami terus menuju ke Hospital Pakar KPJ Sleangor Specialist.Pemeriksaan dilakukan dan sememangnya dia kena dimasukkan ke Hospital untul rawatan lanjut. Maka bermulalah episod Salahuddin menjalani rawatan di sini. Nenek di Bentong turut berasa risau, tapi pada hari sabtu itu, Shukran pula demam, so Nenek tak dapat datang melihat cucunya ini. Hari sabtu pagi, aku membawa kucing peliharaan kami ke Alam Budiman. Aku rasa mungkin dia lebih sesuai berada disini. Hari sabtu berakhir, ahad menjelma, Salahuddin bertambah baik tetapi masih perlu rawatan susulan. Doctor memberi Oxygent setiap 4 jam pada permulaannya, bila keadaan bertambah baik, setipa 6 jam pula. Pada hari isnin, aku kerja seperti biasa, doaku tidak pernah putus dengan harapan agar Salahuddin bertambah sihat dah dapat pulang kerumah seperti biasa. Petang isnin, isteriku call, mengatakan doctor telah memberi kebenaran untuk balik walaupun ada lagi sedikit bunyi pada paru paru Salahuddin. Aku lega dan bersyukur. Pada hari yang sama juga, Fauzi, adik iparku menelefon, katanya dia accident motorsikal. Tulang bahu patah dan akan balik ke Kelantan untuk berurut. Aku pun memberitahu bahawa Salahuddin baru je discharge dari Hospital. Petang ahad, aku membawa Salahuddin dan isteri balik ke rumah, gembira ku rasakan sebab semuanya akan kembali seperti sediakala. Isteriku masih lagi bercuti sampai rabu, mula bekerja hari khamis. Bila Syukran mula sihat, nenek datang melihat cucunya pada hari isnin itu, tapi pada hari selasa dan rabu, kelihatan nenk pula yang demam, mungkin berjangkit dari Syukran. Demam panas kelihatannya. Salahuddin kelihatan sudah sihat, tapi pada hari jumaat minggu dia discharge dari hospital, suhu badannya mula meningkat. Aku dan isteri mula risau. Mungkin berjangkit dengan nenek sebab seminggu ini, dia cuma tinggal dengan nenek dan Shukran. Sabtu, nenek pulang ke Bentong dengan Shukran sebab ada kursus haji. Salahuddin demam lagi. Ahad menjelma, badan dia kejap panas, kejap sejuk, aku tetap berikan ubat Bontot, lembabkan badan dengan tuala dan sebagainya...ada perubahan sedikit... Isnin menjelma, hari ini Salahuddin ada appointment doctor di KPJ Selangor Specialist. Darah diambil untuk memasti semuanya dalam keadaan baik, bila result keluar, ada tanda tanda yang meragukan pallet 112..doctor suruh repeat ambik darah lagi pada hari rabu petang. aku kerja pada hari ni, Nenek dah datang semula untuk membantu isteriku, bila darah diambil, keputusannya lebih rendah dari hari isnin, isteriku mula curiga dan risau...ada kemungkinan denggi.. doctor menyaran agar diambil semula darah pada keesokan harinya... Mei 7, 2012 Petang khamis, isteri telephone, keadaan Salahuddin merisaukan, hari ni muntah saja, bila makan semua muntah...keadaan sangat lemah..aku pun bergegas balik kerumah. Isteri dah bersiap apa yang patut, mungkin kena masuk hospital semula. Kami menuju ke Klinik Kesihatan Seksyen 7, darah diambil, pallet 63 je. Memang confirm denggi. aku dan isteri terus ke KPJ Selangor Specialist. Salahuddin pun masuk semula untuk kali kedua dalam masa satu bulan. Malam tu jugak, 2 botol air dimasukkan melalui urat di pergelangan tangan Salahuddin, bila darah diambil pawal pagi jumaat tu, ada peningkatan, pallet 91. Hari jumaat pagi, aku bergegas ke pasar Klang, aku beli Ketam 2 kilo supaya nenek boleh masak sup ketam untuk Salahuddin. 2 hari berlalu, jumaat dan sabtu, pallet Salahuddin ada peningkatan, dari 63, 91 pagi jumaat, 102 malam sabtu, 106 hari sabtu dan 143 pada hari ahad..ada peningkatan yang melegakan. Aku bersyukur. Allah Maha Mendengar rintihan hambanya ini...

No comments: