The more I write here.. the less I have to talk out there. Don't expect me to capitalize my sentences or use correct grammar. I'm lazy and sometimes I don't feel like being constrained by the rules of 'publishable writing'...
Thursday, March 04, 2010
Kelahiran Anak Ku
Anak ku selamat dilahirkan pada pukul 1 ptg pada 10.04.2009 di hospital Putrajaya. Hari jumaat harinya. Setelah berbincang dgn isteriku 3 bulan sebelum kelahiranya, kami bersetuju nntuk menamakan anak kami dgn nama SALAHUDDIN RAFIQIN. Beratnya 1.3kg dan 32 minggu saja. Jadinya anak ku kena masuk NICU wad selama 2 minggu sehingga beratnya 1.8kg baru dibenarkan keluar.
Sebelum kelahirannya, isteriku telah kena tahan di wad hospital putrajaya selama 2 minggu kerana tekanan darah isteriku tinggi. Aku sendiri melihat bagaimana isteriku bengkak kaki disana sini dan ini menjadikan aku sedih dan pasrah. Jika aku terpaksa berkorban masa dan tenaga, isteriku berkorban lebih dari itu. Ini menjadikan aku sgt sgt insaf dan amat berterima kasih padanya.
Malam sebelum isteriku hendak dioperate, doktor telah menasihatinya supaya berpuasa. Aku memang nervous pada waktu itu dan hanya berserah pada Ilahi dan harus kuat untuk menghadapi segala kemungkinan. Ibu mertua ku sudah ada dirumah ku. Kami sama sama memanjatkan doa kehadrat Ilahi. Isteriku terpaksa dioperate kerana denyutan jantung anak ku tidak berapa stabil. Aku dan ibu mertuaku memanjatkan doa tidak putus-putus supaya segalanya akan berakhir dengan baik. Jam 11 lebih, nurse telah masuk ke bilik untuk menyedia keperluan isteriku sebelum pembedahan bermula.
Aku sempat mencium dahi isteriku sebelum dia dibawa ke operation theatre. Begitu juga dgn ibu mertua ku. Aku telah maafkan dan halalkan segala yang isteriku lakukan.Jika aku menderita dan sedih, aku rasa isteriku lebih lagi. Besar sungguh pengorbanan dia terhadap lelaki yang bergelar suaminya ini.
Pukul 2 lebih kurang, anak ku selamat dilahirkan.Segalanya berakhir dgn baik. Alhamdulillah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment