The more I write here.. the less I have to talk out there. Don't expect me to capitalize my sentences or use correct grammar. I'm lazy and sometimes I don't feel like being constrained by the rules of 'publishable writing'...
Thursday, March 04, 2010
Salahuddin Rafiqin yang Besar
Gambar - gambar ini diambil pada hari Aqiqah Salahuddin. Sekarang usia dia dah empat bulan. Semakin besar dan lasak. Kekadangn tak tahan aku dgn perangai dia, tapi bila difikirakan kembali, buat aku gembira pulak bila tgk karenah dia.
Pada hari Aqiqah ini, aku melihat isteriku begitu excited sekali. Kalau boleh hampir kesemua kawan kawan dia nak dijemput menghadiri majlis ini. Aku gembira bila melihat isteriku gembira. Anakku sudah semakin sihat dan membesar dengan sempurna.
Untuk majlis ini, Aqiqahnya ialah 2 ekor kambing jantan yang sihat. Aku menyerahkan semua urusan itu kepada ibu mertuaku. Aku hanya menghulurkan duit saja untuk segala urusan itu.
Bulan yang pertama adalah bulan yang tough untuk aku dan isteri. Wife aku terpaksa bangun every 3 hours untuk pump susu supaya anak aku dapat menyusu dengan sempurna. Aku juga terpaksa bangun sekali untuk membantu. Setiap 2 hari selepas aku balik dari kerja, kami akan pergi ke Hospital Putrajaya untuk menghantar bekalan susu kepada Salahuddin. Aku melihat dalam freezer di NICU, bekalan Salahuddin yang paling banyak sekali. Anak aku masih dalam Incubator. Dia hanya mampu minum dgn menggunakan tiup sebab terlalu kecil dan lemah untuk menyedut susu. Bila melihat perkembangan yang positive dari Salahuddin, aku dan isteri semakin bersemangat untuk menghantar susu lagi dan lagi supaya Salahuddin dapat membesar dgn sempurna.
Wife aku terpaksa ambik unpaid leave bulan untuk menjaga Salahuddin. Anakku terlalu kecik dan agak berisiko jika terus dihantar kerumah org atau taska sebab premature baby perlukan special attention. Satu lagi pengorbanan isteriku yang membuatkan aku betul-betul terharu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment